Syarat-syarat Perjanjian Tentera Laut Washington

Penghadan berat
NegaraKapal indukPengangkut pesawat
Empayar Britain525,000 tan
(533,000 tan)
135,000 tan
(137,000 tan)
Amerika Syarikat525,000 tan
(533,000 tan)
135,000 tan
(137,000 tan)
Jepun315,000 tan
(320,000 tan)
81,000 tan
(82,000 tan)
Perancis175,000 tan
(178,000 tan)
60,000 tan
(61,000 tan)
Itali175,000 tan
(178,000 tan)
60,000 tan
(61,000 tan)

Selepas menentukan beberapa pengecualian untuk kapal-kapal yang sedang digunakan dan dibina, perjanjian ini menghadkan berat keseluruhan kapal induk bagi setiap penandatangan ke nilai seperti di dalam jadual di sebelah. Selain itu, setiap sebuah kapal tidak boleh melebihi 35,000 tan (35,560 t),[1] dan mana-mana kapal tidak boleh membawa meriam melebihi 16 inci (406 mm).

Maksud "standard tan" seperti di dalam perjanjian adalah tidak termasuk minyak (dan air dandang) kerana Britain telah mempertikaian aktiviti-aktiviti global mereka memerlukan muatan minyak yang lebih besar berbanding negara-negara lain dan mereka tidak sepatutnya dihukum.[2]

Kapal pengangkut pesawat ditujukan secara khusus di dalam perjanjian ini. Sebagai tambahan kepada had jumlah berat, peraturan berkenaan saix kapal maksimum dikenakan. Hanya dua buah kapal pengangkut bagi setiap negara melebihi 27,000 tan (27,400 t), dan dua buah kapal ini dihadkan kepada 33,000 tan (33,500 t) setiap satu - pengecualian ini dibuat bagi membolehkan penggunaan sebagai kapal pengangkut bagi penjajap tempur tertentu yang sedang dibina, dan melahirkan USS Lexington dan Akagi. Jumlah meriam besar yang boleh dibawa oleh kapal pengangkut dihadkan dihadkan secara drastik—ia tidak sah bagi meletakkan sebuah pesawat kecil di atas sebuah kapal perang dan memanggilnya sebagai kapal pengangkut.

Berkenaan kubu-kubu dan pangkalan-pangkalan tentera laut, Amerika Syarikat, Britain dan Jepun bersetuju untuk mengekalkan status quo pada ketika perjanjian ini ditandatangani. Tiada kubu atau pangkalan tentera laut boleh dibina, dan pangkalan dan pertahanan sedia ada tidak boleh dipertingkatkan di dalam wilayah dan pegangan yang ditentukan. Secara amnya, pembinaan di kawasan-kawasan tertentu dibolehkan di pantai-pantai utama negara, tetapi bukan di wilayah-wilayah pulau yang kecil. Sebagai contoh, Amerika Syarikat boleh melakukan pembinaan di tanah besar Hawaii dan Alaska, tetapi tidak di Kepulauan Aleut. Pelbagai tentera laut Empayar Britain - dianggap sebagai satu entiti di bawah perjanjian ini — dilayan sama dan kemudahan Tentera Laut Diraja Australia (yang mana mesti menyerahkan penjajap tempur HMAS Australia) dan Tentera Laut Diraja Divisyen New Zealand boleh dibina oleh kerajaan masing-masing, tetapi tidak pangkalan di Hong Kong. Jepun boleh membinanya di kepulauannya tetapi tidak di Formosa.

Ahli-ahli perjanjian dibenarkan untuk mengantikan atau membina kapal-kapal yang terangkum di dalam terma-terma pernjanjian tetapi sebarang pembinaan atau pengantian mesti diberitahu secara terus kepada para penandatangan yang lain.

Pada 29 Disember 1934, kerajaan Jepun memberi notis rasmi bahawa ia berniat untuk menamatkan perjanjian. Ketentuannya kekal berkuatkuasa sehingga penghujung 1936, dan ia tidak diperbaharui.